fb fb fb fb fb

Serangan besar-besar sasar infrastruktur tenaga Ukraine

Foto AFP

KIEV, 25 November – Kementerian Tenaga Ukraine memaklumkan serangan besar-besaran yang menyasarkan kemudahan tenaga sedang berlaku awal pagi Selasa, ketika pihak tentera melaporkan Kiev dihujani serangan dron dan peluru berpandu.

“Pada waktu ini, serangan gabungan besar-besaran oleh musuh ke atas infrastruktur tenaga sedang berlangsung,” menurut kenyataan kementerian itu menerusi Telegram.

Menurut kementerian berkenaan, petugas tenaga akan mula menilai kerosakan dan melaksanakan kerja pemulihan sebaik sahaja keadaan keselamatan mengizinkan.

Sementara itu, sempadan Krasnodar di Rusia sedang menilai kerosakan selepas mengalami serangan besar-besaran yang didakwa dilakukan oleh Ukraine yang turut menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang cedera.

Gabenor Veniamin Kondratyev berkata serangan turut menyebabkan sekurang-kurangnya 20 buah rumah rosak.

“Sepanjang malam, wilayah Krasnodar mengalami salah satu serangan paling berterusan dan besar-besaran oleh rejim Kyiv,” katanya menerusi hantaran di Telegram.-AFP

ROSLINA BINTI DIN