fb fb fb fb fb

Takaichi-Trump bincang hubungan dengan China

Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi/ AFP

TOKYO, 25 November – Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Selasa bagi membincangkan hubungan dengan China.

Ia merupakan perbincangan pertama kedua-dua pemimpin itu sejak kenyataan Takaichi mengenai Taiwan mencetuskan ketegangan diplomatik dengan Beijing.

Takaichi berkata, Trump memberikan penerangan ringkas mengenai keadaan terkini hubungan Amerika Syarikat (AS)-China, tanpa memberi butiran lanjut.

Katanya menerusi panggilan itu, Trump turut menyatakan mereka sahabat rapat dan beliau boleh menghubungi Presiden AS itu pada bila-bila masa.

Sehingga kini, White House tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai perkara tersebut.

Kenyataan Takaichi di Parlimen awal bulan ini bahawa kemungkinan serangan China ke atas Taiwan boleh mencetuskan tindak balas ketenteraan Jepun, menimbulkan kemarahan Beijing, termasuk boikot perjalanan ke Jepun.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN