fb fb fb fb fb

Suspek utama insiden tembakan di universiti Manila ditahan polis

(FOTO FAIL AFP)

MANILA, 25 Julai - Suspek utama pembunuhan tiga individu di sebuah kampus universiti di Metro Manila berjaya ditahan polis.

Dua lagi individu cedera dalam kejadian di Universiti Ateneo de Manila ketika pelajar jurusan undang-undang menghadiri majlis graduasi bersama ahli keluarga .

Rose Furigay, bekas Datuk Bandar di Wilayah Selatan Basilan, Penolong Eksekutifnya dan seorang pengawal keselamatan universiti merupakan tiga yang terbunuh.

(FOTO FAIL AFP)

Anak perempuan Furigay yang turut cedera kini dalam keadaan stabil.

Suspek yang cuba melarikan diri menggunakan kereta kemudiannya berjaya diberkas polis. Polis menemui dua pistol yang didakwa digunakan oleh suspek.

Suspek dikenal pasti sebagai Chao-Tiao Yumol dan dikatakan mempunyai pertikaian undang-undang dengan Furigay.

Brigedier Jeneral Polis, Remus Medina menyifatkan ia sebagai pembunuhan terancang.-AFP

Media Baharu