fb fb fb fb fb

Mahkamah Agung Saudi tarik balik keputusan, arah bicara semula kes kren tumbang di Masjidil Haram

(FOTO FAIL AFP)

JEDDAH, 25 Julai -Mahkamah Agung Arab Saudi membatalkan pembebasan defendan dalam kes nahas kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada 2015.

Mahkamah memerintahkan supaya perbicaraan semula kes itu diadakan.

Perintah mahkamah itu dibuat tujuh tahun selepas kemalangan kren di masjid tersebut yang meragut nyawa 108 orang.

(FOTO FAIL AFP)

Kejadian pada 11 September 2015 itu menyebabkan 238 orang lagi cedera. Tragedi berlaku apabila kren yang terlibat dalam projek pembesaran Masjidil Haram, tumbang.

Pada 4 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Jenayah Makkah untuk membebaskan semua defendan kes nahas tersebut.

Pada Disember 2020, Mahkamah Jenayah mengeluarkan keputusannya buat kali ketiga dengan membebaskan kesemua 13 defendan .

Sebelum itu, dalam keputusan awal pada 1 Oktober 2017, Mahkamah Jenayah membebaskan kesemua 13 defendan yang didakwa dengan tuduhan cuai.

Mahkamah Makkah juga memutuskan bahawa bencana tersebut disebabkan oleh hujan lebat dan ribut petir, bukannya kesilapan manusia.-AFP

Media Baharu