fb fb fb fb fb

Jepun rekod kes pertama cacar monyet

(Foto REUTERS)

TOKYO, 25 Julai- Jepun telah merekodkan kes pertama cacar monyet.

Gabenor Tokyo, Yuriko Koike berkata kes tersebut melibatkan seorang lelaki berusia 30-an yang pulang dari luar negara, Eropah dan kini sedang menerima rawatan di hospital.


(Foto REUTERS)

Menurut Kementerian Kesihatan, individu itu pergi ke Eropah bulan lalu serta mempunyai hubungan dengan seseorang yang kemudiannya disahkan positif cacar monyet sebelum kembali ke Jepun pada pertengahan Julai.

"Dia mengalami ruam, demam, sakit kepala dan keletihan. Tetapi pada masa ini, dia berada dalam keadaan stabil", katanya kepada media.- REUTERS

Media Baharu