fb fb fb fb fb

Empat terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza

Foto Hiasan

GAZA, 11 Mac- Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Selasa.

Jurucakap agensi pertahanan awam di Gaza, Mahmud Bassal memberitahu AFP bahawa serangan berkenaan berlaku ke atas sekumpulan penduduk di kawasan Netzarim.

"Empat terbunuh termasuk dua beradik. Kesemua mangsa lelaki itu berusia 20-an," katanya.

Israel telah melancarkan serangan udara hampir setiap hari di Gaza.

Gencatan senjata rapuh yang berkuat kuasa sejak 19 Januari lalu, masih bertahan walaupun terdapat serangan, dengan tiada persetujuan dicapai untuk memanjangkan tempoh tersebut.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM