NEW YORK, 19 Ogos- Lelaki yang dituduh menikam Salman Rushdie dalam acara sastera mengaku tidak bersalah atas tuduhan cubaan membunuh.
Hadi Matar, 24, dihadapkan ke mahkamah di sini dengan pendakwa raya menggariskan bagaimana Rushdie telah ditikam kira-kira 10 kali dalam apa yang mereka sifatkan sebagai serangan yang dirancang.
Matar hadir ke mahkamah dengan memakai jumpsuit hitam putih dan pelitup muka dengan tangannya digari di hadapannya.
Rushdie mengalami kecederaan serius dalam serangan itu dan masih dirawat di hospital tetapi kini sudah mula bercakap serta menunjukkan perkembangan yang positif.
Kejadian tikaman mencetuskan kemarahan antarabangsa, bagaimanapun mendapat pujian daripada penyokong tegar Islam di Iran dan Pakistan.
Matar hadir ke mahkamah dengan memakai jumpsuit hitam putih dan pelitup muka
dengan tangannya digari di hadapannya / FOTO AFP
Berita berkaitan
Salman Rushdie dalam keadaan serius selepas ditikam
Cedera ditikam, Salman Rushdie berkemungkinan buta sebelah mata
Matar ditahan tanpa ikat jamin dan telah didakwa secara rasmi atas tuduhan cubaan membunuh tahap kedua dan menyerang dengan senjata.
Polis tidak memberikan maklumat mengenai latar belakangnya atau apa yang mungkin mendorongnya. -AFP