BEIJING, 16 Mac- Gergasi carian internet China Baidu mememperkenalkan model kecerdasan buatan baharu (AI) pada Ahad dan menjadikan perkhidmatan chatbot AI secara percuma.
Syarikat-syarikat teknologi di negara tembok besar itu berlumba-lumba mengeluarkan platform AI yang dipertingkatkan sejak permulaan DeepSeek, sekali gus mewujudkan persaingan kepada pesaingnya dengan sumber terbuka dan model yang sangat menjimatkan kos pada Januari.
Baidu mengumumkan perkara itu menerusi siaran WeChat bahawa model X1 terbaharu -- berprestasi sama dengan DeepSeek tetapi dengan kos lebih rendah -- dan model asas baharu, Ernie 4.5, tersedia melalui sembang AI Ernie Bot.
Baidu juga menjadikan model itu secara percuma untuk digunakan, lebih awal dua minggu daripada jadual. Sebelum ini, pengguna perlu membayar langganan bulanan untuk mengakses model AI terbaru syarikat itu.
Syarikat berpangkalan di Beijing itu antara yang pertama di China melancarkan platform AI generatif secara terbuka, pada tahun 2023, tetapi kewujudan chatbot memberi saingan daripada syarikat seperti pemilik TikTok ByteDance dan Moonshot AI yang memperoleh lebih ramai pengguna.
Baidu sekali lagi menghadapi persaingan sengit dalam sektor AI berikutan DeepSeek mula menggegarkan industri di dalam dan luar negara dengan model mempunyai prestasi setanding ChatGPT buatan Amerika Syarikat, tetapi dengan kos lebih rendah untuk dibangunkan.
Sejak itu, syarikat China dan agensi kerajaan tempatan berlumba-lumba memasukkan model sumber terbuka DeepSeek dalam kerja masing-masing.
Baidu menyepadukan model R1 DeepSeek dalam enjin cariannya.
Pada Februari, pemilik WeChat Tencent mengeluarkan model AI baharu yang mempunyai kebolehan untuk menjawab pertanyaan lebih cepat daripada DeepSeek.
Pada bulan sama, Alibaba telah bekerjasama dengan Apple untuk membangunkan AI untuk telefon syarikat Amerika Syarikat di China, dan melaporkan ia akan melabur 380 bilion yuan ($52 bilion) dalam AI dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Alibaba juga akan mengeluarkan versi baharu pembantu AI yang dikuasakan seumber terbuka, model Qwen.
Baidu juga telah mengumumkan rancangan untuk mengikuti petunjuk DeepSeek dengan menjadikan model Ernie AI bermula 30 Jun depan.- AFP