fb fb fb fb fb

Remaja bertindak 'ekstrim' maut ditembak polis Australia

Polis Australia Barat menembak mati seorang lelaki berusia 16 tahun yang bertindak secara ekstrim menggunakan pisau dan mencederakan orang awam dan polis di Perth / Foto Fail Reuters

SYDNEY, 5 Mei - Polis Australia Barat menembak mati seorang lelaki berusia 16 tahun yang bertindak secara ekstrim menggunakan pisau dan mencederakan orang awam dan polis di Perth.

“Ada tanda-tanda dia telah bertindak secara ekstrim. Tetapi saya mahu meyakinkan masyarakat pada peringkat ini nampaknya dia bertindak secara bersendirian.” kata seorang pegawai, Roger Cook pada sidang akhbar.

Polis telah menerima panggilan lewat Sabtu dan menerima laporan mengenai lelaki tersebut bahawa dia akan melakukan "tindakan keganasan" kata Pesuruhjaya Polis Negeri, Kol Blanch.

Dalam beberapa minit, satu lagi panggilan kecemasan diterima memaklumkan bahawa "seorang lelaki dengan pisau berlari mengelilingi tempat letak kereta" di Willetton, pinggir selatan Perth, katanya.

Imej kamera badan polis menunjukkan remaja itu menolak tuntutan pegawai supaya dia meletakkan pisau, kata Ketua Polis.

Pegawai melepaskan dua taser ke arahnya namun "kedua-duanya tidak memberikan kesan sepenuhnya," katanya.

“Lelaki itu terus mara ke arah pegawai ketiga yang bersenjata dan pegawai melepaskan satu das tembakan menyebabkan remaja itu cedera.

"Remaja itu meninggal dunia di hospital pada lewat malam," katanya.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN