NEW HAMPSHIRE, 19 Disember - Suspek dalam insiden tembakan beramai-ramai di Universiti Brown pada Ahad lalu, disahkan meninggal dunia akibat tembakan yang dipercayai dilakukan sendiri.
Manakala, pihak berkuasa yakin suspek turut bertanggungjawab membunuh seorang profesor Institut Teknologi Massachusetts (MIT) dua hari kemudian.
Menurut pihak berkuasa,suspek dikenal pasti sebagai warga Portugal, Claudio Neves Valente, 48, ditemukan meninggal dunia pada malam Khamis di sebuah kemudahan simpanan sewaan di Salem, di sini, yang telah disewanya sejak bulan lalu.
Valente pernah menuntut di Universiti Brown lebih dua dekad lalu sebagai pelajar kedoktoran dalam bidang fizik dan merupakan bekas rakan sekelas di Portugal kepada profesor MIT yang terbunuh, Nuno Loureiro, 47.
Walaupun terdapat kaitan tersebut, pihak berkuasa memaklumkan bahawa motif di sebalik kejadian pembunuhan berkenaan masih belum dapat dikenal pasti.-REUTERS