DHAKA, 19 Disember - Beberapa pejabat akhbar dan institusi kebudayaan di Dhaka, ibu negara Bangladesh, musnah susulan protes ganas berhubung kematian seorang pemimpin belia popular.
Ini sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya ketegangan lanjut menjelang pilihan raya nasional, yang dijangka disertainya.
Mengikut pihak berkuasa, pejabat dua akhbar utama Bangladesh, Prothom Alo dan Daily Star, dibakar pada waktu malam, meninggalkan sisa kaca pecah, akhbar hangus serta meja rosak bertaburan di kawasan berkenaan.
Pada awal pagi Jumaat, sekumpulan penunjuk perasaan yang berang dilihat berkumpul di luar pejabat Prothom Alo, berdepan dengan polis sambil melaungkan slogan.
Demonstrasi itu disertai slogan beremosi yang menyebut nama pemimpin belia, Osman Hadi, dengan penunjuk perasaan berikrar untuk meneruskan gerakan mereka serta menuntut keadilan segera.
Beberapa kawasan kekal tegang, dengan pasukan polis tambahan dan separa tentera dikerahkan bagi mencegah keganasan lanjut.
Menjelang pagi, keadaan jalan raya dilaporkan kembali tenang, dengan polis ditempatkan di sekitar lokasi yang mengalami kerosakan, sementara penunjuk perasaan terus berkumpul di luar kawasan terlibat.-REUTERS