fb fb fb fb fb

Suspek tembak mati dua warga Sweden masih bebas

(Foto AFP)

BRUSSELS, 17 Oktober- Suspek tembak mati dua warga Sweden di Brussels semalam masih bebas.

Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo menyifatkan serangan tersebut sebagai keganasan.

"Lelaki bersenjata itu melarikan diri dengan skuter.

"Insiden berlaku sebelum perlawanan bola sepak antara Belgium dan Sweden," kata Perdana Menteri Belgium menerusi kenyataan.

Menurut media tempatan, dua mangsa terbunuh itu memakai baju bola sepak milik pasukan kebangsaan Sweden menjelang perlawanan antara Sweden dan Belgium.

Perlawanan kelayakan Kumpulan F Eropah antara kedua-dua negara digantung pada separuh masa pertama ekoran insiden terbabit.

Pemain Sweden dikatakan enggan meneruskan permainan selepas serangan berkenaan dan kira-kira 35,000 penyokong ditahan untuk siasatan lanjut.

Menerusi media sosial, Pusat krisis Belgium berkata individu ketiga telah menjadi sasaran dalam serangan tembak itu tetapi mangsa berada dalam keadaan stabil .- AFP

(Foto AFP)

 

Media Baharu