fb fb fb fb fb

Bot karam di Congo ragut lebih 40 nyawa

(Foto Fail)

KINSHASA, 17 Oktober- Angka kematian akibat bot karam di sungai Congo minggu lalu telah meningkat kepada 47 orang.

Laporan awal pihak berkuasa dari wilayah Equateur barat laut pada Ahad mengatakan 28 mayat telah ditemukan dan berpuluh-puluh lagi masih hilang.

Menteri Pengangkutan Republik Demokratik Congo (DRC), Marc Ekila berkata jumlah sebenar mangsa terlibat tidak dapat dipastikan kerana tiada rekod keluar masuk penumpang pada hari kejadian.

"Kemalangan itu disebabkan lebihan muatan pada bot berkenaan.

"Bot kayu tidak dibenarkan beroperasi pada waktu malam.

"Satu suruhanjaya telah ditubuhkan untuk menyiasat kes tersebut," kata Ekila kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, Presiden DRC, Felix Tshisekedi berkata pihaknya akan memastikan insiden bot karam tidak akan berulang.

Jumaat lalu, bot yang meninggalkan bandar Mbandaka menuju ke wilayah Bolomba karam sehingga menyebabkan berpuluh-puluh orang terkorban. - AFP

(Foto Fail)

 

Media Baharu