fb fb fb fb fb

Lebih dua juta penduduk di Chad alami masalah kekurangan makanan

(Foto REUTERS)

GENEVA, 17 Oktober- Kerajaan Chad menyeru dunia agar meningkatkan dan membantu menyediakan makanan kepada negara yang populasi pelariannya besar termasuk 460,000 orang yang melarikan diri daripada konflik di negara jiran Sudan.

Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan lebih dua juta orang di Chad mengalami masalah kekurangan makanan yang teruk.

Menteri Kemakmuran Ekonomi dan Perkongsian Antarabangsa Chad, Madeleine Alingue berkata masyarakat antarabangsa perlu memperkukuh dan menyokong pelan tindak balas kemanusiaan yang mempunyai keperluan besar.

"Saya menyeru semua negara terutamanya Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah untuk membantu negara-negara yang memerlukan," kata Alingue di PBB di sini.

Menurut Alingue, WFP kini boleh menyokong hanya 270,000 daripada 600,000 pelarian yang berada di Chad sebelum krisis di negara jiran itu.

Chad juga menghadapi kecemasan kesihatan serta kesan perubahan iklim dan gabungan krisis tersebut telah menjejaskan kira-kira tujuh juta daripada 18 juta penduduk.

Selain itu, ketidakstabilan dan konflik serantau mempunyai kesan terhadap negara berkenaan.- AFP

(Foto REUTERS)

Media Baharu