fb fb fb fb fb

Kereta bawa pendatang asing terbabas, dua orang maut

(Foto REUTERS)

SLOVAKIA, 17 Oktober- Dua orang maut manakala enam lagi cedera di selatan Hungary apabila sebuah kereta yang membawa pendatang asing terbabas.

Polis Hungary berkata kereta yang mempunyai nombor plat Perancis itu dipandu oleh penyeludup.

"Kenderaan tersebut tidak berhenti untuk pemeriksaan polis. Kereta terbabit terus memecut laju sebelum terbabas dan melanggar pokok berhampiran Kiskunmajsa," kata polis Hungary menerusi kenyataan.

Polis Hungary bagaimanapun tidak mendedahkan bilangan pendatang asing terlibat.

Pihak polis mendapati peningkatan dalam lintasan pendatang asing di sempadan selatan Hungary dengan Serbia sejak beberapa bulan lalu dan kesemua mereka menuju ke Slovakia atau Austria. - REUTERS

(Foto REUTERS)

 

Media Baharu