fb fb fb fb fb

Suspek serangan pisau di tren London, mungkin terlibat tiga insiden serupa

Foto AFP

LONDON, 3 November - Polis mengesahkan suspek serangan tikaman di tren London North Eastern Railway (LNER) hujung minggu lalu mungkin terlibat dalam beberapa insiden pisau sebelum ini, termasuk satu kes membabitkan remaja berusia 14 tahun.

Anthony Williams, 32 tahun, kini berdepan 11 pertuduhan cubaan membunuh.

Daripada jumlah itu, 10 pertuduhan berkaitan serangan di tren menuju London pada Sabtu lalu, manakala satu lagi di stesen di East London awal hari yang sama.

Polis Cambridgeshire memaklumkan bahawa siasatan juga merangkumi tiga insiden di bandar Peterborough yang berlaku pada Jumaat.

Polis Pengangkutan Britain mengetuai siasatan utama terhadap serangan di tren, dengan bantuan pihak polis tempatan untuk kes terdahulu.

Siasatan kini giat dijalankan untuk menentukan kaitan suspek dengan semua insiden yang berlaku.-AFP

EZA YUSMAWATI YAACOP