fb fb fb fb fb

Suspek serang masjid di Iran ditahan polis

(Gambar di luar masjid kejadian penyerang mula
menembak ke arah jemaah yang berkumpul di masjid/FOTO AFP)

TEHRAN, 27 Oktober - Seorang suspek telah ditahan pihak polis susulan serangan ke atas sebuah masjid di Syiah di Selatan Iran.

Suspek disoal siasat dan motif serangan dilakukan yang telah mengorbankan 15 orang termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak.

Bagaimanapun, identiti suspek tidak didedahkan. Tragedi itu turut mendapat perhatian Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, pihak kerajaan tidak akan berdiam diri terhadap sebarang ancaman yang mampu menggugat keselamatan negara itu.

Kumpulan pelampau agama mendakwa bertanggungjawab ke atas beberapa serangan di Iran sebelum ini, termasuk serangan maut pada 2017 menyasarkan Parlimen dan makam pengasas Republik Islam, Ayatollah Ruhollah Khomeini.

(Serangan disyaki dilakukan oleh 'pengganas' bersenjata ketika solat Maghrib
di makam Shah Cheragh di bandar Shiraz/FOTO AFP)

Insiden serangan pada Rabu terhadap jemaah Syiah itu terus memberi tekanan buat Iran.

Ia berlaku pada hari sama ketika pasukan keselamatan Iran terus bertempur dengan penunjuk perasaan yang telah berlarutan selama 40 hari sejak kematian seorang wanita Kurdish berusia 22 tahun, Mahsa Amini ketika dalam tahanan polis. - AFP

Media Baharu