(Penduduk memilih beca untuk pengangkutan/FOTO REUTERS)
BANGLADESH, 27 Oktober - Angka kematian akibat Taufan Sitrang di Bangladesh meningkat kepada sekurang-kurangnya 28 orang setakat Rabu.
Susulan bencana alam itu juga, jutaan penduduk di negara itu kini terputus bekalan elektrik.
Taufan atau ribut sering kerap melanda rantau itu dengan saintis berpandangan perubahan iklim menjadikan fenomena itu lebih kuat dan kerap berlaku.
Taufan Sitrang membadai selatan Bangladesh Isnin, namun pihak berkuasa sempat memindahkan kira-kira sejuta penduduk ke kawasan selamat.
Taufan berkenaan membawa angin dengan kelajuan 80 kilometer sejam, meninggalkan kesan kemusnahan besar di Bangladesh.
(Beberapa kenderaan dan penarik beca turut terkandas akibat banjir di Dhaka beberapa hari lalu/FOTO REUTERS)
Pihak berkuasa memaklumkan, hampir 10,000 kediaman mengalami kerosakan atau musnah, manakala tanaman di kawasan pertanian rosak.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Elektrik Luar Bandar, Debashish Chakrabarty, memaklumkan hampir lima juta penduduk masih terputus bekalan elektrik setakat hari ini.
Ketika ini, kira-kira sejuta penduduk yang dipindah ke tempat selamat dari kawasan rendah, sudah pulang ke kediaman masing-masing. - REUTERS