fb fb fb fb fb

Rishi Sunak dan Ursula von der Leyen, adakan perbincangan

(Rishi Sunak)

MOSCOW, 27 Oktober -  Perdana Menteri baharu United Kingdom (UK) Rishi Sunak dan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen mengadakan perbincangan, antara lain menyentuh mengenai prospek hubungan dua hala dan isu Ukraine.

Keduanya juga sedang berusaha mencari penyelesaian bersama yang akan memberikan kestabilan dan kebolehramalan, kata von der Leyen menerusi tweet.

(Ursula von der Leyen/FOTO REUTERS)

"Perdana Menteri dan Presiden von der Leyen bersetuju UK dan Kesatuan Eropah mempunyai banyak persamaan...kita hadapi cabaran dalam bidang seperti ekonomi dan perubahan iklim.

Sunak berkata UK dan EU akan bekerjasama sebagai rakan dan sekutu menangani cabaran mendatang.

"Kedua-dua pihak memutuskan untuk bekerjasama rapat bagi menangani cabaran itu," menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri UK. - REUTERS

Media Baharu