fb fb fb fb fb

Iran sedia bincang dengan Ukraine dakwaan bekalkan dron ke Rusia

IRAN, 27 Oktober - Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian menyangkal dakwaan yang menyatakan Iran membekalkan dron ke Rusia dan menyifatkan dakwaan itu tidak berasas.

Sehubungan itu, Tehran bersedia untuk berbincang dengan Kiev mengenai perkara berkenaan.

Amir Abdollahian menolak sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas beberapa negara mengenai penggunaan dron Iran oleh Rusia dalam konflik di Ukraine.

Iran sebaliknya mempelawa pihak berkuasa Ukraine untuk menghadiri mesyuarat dua hala dan mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan itu.

Tegas Amir, prinsip utama dasar Iran ialah membantah tindakan membekalkalkan senjata kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam konflik di Ukraine.

Beliau pada masa sama mengulangi pendirian Tehran yang tidak menyokong konflik yang sedang berlaku itu.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Ukraine dan negara-negara Barat menuduh Tehran mengeksport dron ke Moscow untuk digunakan dalam konflik di Ukraine. - REUTERS

Media Baharu