fb fb fb fb fb

Pencerobohan hutan semakin kritikal, orang asli tuntut hak tanah di COP30

FOTO REUTERS

BELEM, 10 November - Selepas berminggu-minggu mengharungi perjalanan dari glasier di banjaran Andes menuju pesisir tropika Brazil, sebuah bot yang membawa puluhan pemimpin masyarakat orang asli tiba di Belem pada Ahad bagi menyertai Sidang Kemuncak Iklim COP30.

Tumpuan utama kumpulan itu adalah menuntut suara yang lebih besar dalam pengurusan wilayah mereka, ketika perubahan iklim semakin meruncing dan industri seperti perlombongan, penerokaan minyak serta pembalakan terus menceroboh kawasan hutan.

Laporan Earth Insight bersama Global Alliance of Territorial Communities minggu lalu mendedahkan kira-kira 17 peratus kawasan yang diduduki komuniti orang asal atau masyarakat setempat yang merangkumi satu pertiga Hutan Amazon kini berdepan ancaman pencerobohan akibat konsesi minyak dan gas, perlombongan serta pembalakan.

Dalam pada itu, Global Witness melaporkan lebih 1,690 pembela alam sekitar dibunuh atau hilang antara 2012 hingga 2024 di negara-negara yang berkongsi ekosistem hutan hujan Amazon, Congo, Indonesia, Mexico dan negara-negara Amerika Tengah.

Peserta yang menamakan ekspedisi mereka sebagai Yaku Mama Flotilla, meskipun telah menukar beberapa bot sepanjang perjalanan dijangka menyertai sidang COP30 yang bermula Isnin di kota Amazon tersebut.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE