fb fb fb fb fb

Suspek rogol krew Virgin Australia dihadapkan ke mahkamah

Foto Reuters

SYDNEY, 4 Januari – Pihak berkuasa Fiji telah mendakwa seorang lelaki atas tuduhan merogol dan melakukan serangan seksual terhadap seorang anggota krew penerbangan Virgin Australia yang berusia 21 tahun pada Hari Tahun Baru, menurut pegawai polis di negara kepulauan Pasifik itu.

Suspek tersebut akan dibawa ke mahkamah pada Isnin, selepas ditahan pada Rabu, kata Pesuruhjaya Polis sementara Juki Fong Chew dalam satu e-mel yang mengesahkan laporan oleh Australian Broadcasting Corp, tetapi tidak mengulas lanjut.

Virgin Australia enggan memberi komen apabila dihubungi oleh Reuters.

Pihak berkuasa Fiji sebelum ini menyatakan bahawa polis sedang menyiasat kejadian berasingan yang melibatkan krew Virgin di bandar Nadi, destinasi pelancongan utama, pada awal pagi 1 Januari.

Siasatan tertumpu kepada kejadian yang melibatkan dua anggota krew penerbangan itu, yang didakwa menjadi mangsa rogol dan kecurian semasa berehat sebelum dijadualkan bertolak pada hari berikutnya.

Walaupun tiada krew yang ditahan oleh polis, mereka dinasihatkan untuk kekal di hotel, menurut kenyataan pihak berkuasa.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN