TEXAS, 26 Mei- Suspek serangan bersenjata api yang mengorbankan 19 kanak-kanak dan dua dewasa di Texas, Amerika Syarikat ada membuat berkongsi perancangannya di Facebook.
Suspek membuat hantaran di laman media sosial itu kira-kira 15 minit sebelum melepaskan tembakan.
Gabenor Texas, Greg Abbott memaklumkan sebelum suspek ke sekolah suspek turut menembak muka neneknya.
Dia kemudian ke Sekolah Rendah Robb dan melakukan serangan.
Bagi melengkapkan siasatan pihak berkuasa bekerjasama dengan syarikat induk Facebook, Meta.
(Suspek kes tembakan di sekolah di Texas, Salvador Ramos /AFP)
Sehari selepas tragedi tembakan di sebuah sekolah di Texas, polis telah menahan susupek selepas menemukan senjata AK-47 dan replika senapang AR-15 dalam keretanya pada Rabu.
New York Post melaporkan, polis menangkap lelaki tersebut selepas menerima aduan tentang seorang lelaki mencurigakan membawa objek seperti senapang sedang menuju ke Sekolah Tinggi Berkner.
Dalam beberapa minit, polis tiba di sekolah dan mendapati pelajar itu berada di dalam bangunan sekolah.
Pelajar itu ditangkap atas dakwaan membawa senjata di kawasan sekolah. -AFP