fb fb fb fb fb

11 bayi maut dalam insiden kebakaran di wad bersalin

DAKAR, 26 Mei- Sekurang-kurangnya 11 bayi baru lahir, maut dalam insiden kebakaran membabitkan wad bersalin di Senegal.

Presiden Macky Sall menerusi ciapan di Twitter memaklumkan, insiden berlaku di sebuah hospital di bandar Tivaouane, kira-kira 120 kilometer dari bandar Dakar.

Berita mendukacitakan itu berlaku di wad neonatologi di Hospital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh di Tivaouane.

Beliau mengucapkan takziah kepada ibu dan keluarga terlibat yang kehilangan bayi mereka dalam insiden berkenaan.

Namun, pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan sebarangan kenyataan.

(Presiden Sinegal, Macky Sall /AFP) 

Menurut media tempatan, hospital berkenaan baru saja dirasmikan.

Kejadian serupa berlaku di bandar utara Linguere pada akhir April lalu apabila kebakaran di hospital dan empat bayi yang baru lahir terkorban.

Datuk Bandar, Demba Diop menyatakan kerosakan elektrik berlaku di unit pendingin hawa di wad bersalin hospital berkenaan. -AFP

Media Baharu