fb fb fb fb fb

Polis marin cedera dalam insiden letupan bom dan tembakan di Tak Bai

NARATHIWAT, 26 Mei- Tiga anggota sukarelawan polis marin cedera dalam insiden letupan bom dan berbalas tembak di Pekan Tak Bai semalam yang bersempadan dengan Malaysia.

Suspek dipercayai sengaja menjadikan pihak berkuasa sebagai sasaran.

Ketua Polis Narathiwat Mejar Jeneral Pol Waesame Salae, berkata kejadian di pos kawalan marin itu berlaku kira-kira pukul 9 malam waktu tempatan.

Sekumpulan 10 lelaki dipercayai anggota militan melepaskan tembakan bertubi-tubi dan melontar bom paip ke dari arah daratan dan sungai.

Insiden itu berlanjutan selama kira-kira setengah jam.

(FOTO AFP)

Kejadian mengakibatkan anggota polis marin yang bertugas cedera terkena serpihan bom.

Turut musnah beberapa kenderaan yang berada berhampiran.

Jeneral Pol Waesame berkata, satu letupan bom turut dilapor berlaku berdekatan sebuah kedai serbaneka.

Bom seberat 20 kilogram itu dipercayai buatan sendiri.

Penduduk Pengkalan Kubor, Kelantan dikatakan turut mendengar dengan jelas bunyi letupan bom dan tembakan itu. -AFP

Media Baharu