fb fb fb fb fb

Bank Rusia turunkan faedah perbankan

MOSCOW, 26 Mei- Rusia menurunkan kadar faedah asas perbankan negara terbabit.

Langkah itu dilakukan bagi mengekalkan peningkatan nilai ruble meskipun negara berkenaan berdepan konflik.

Menerusi pengumuman baharu itu, kadar faedah asas turun kepada 11 peratus berbanding 14 peratus sebelum ini.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Bank Rusia.

Bank pusat itu bagaimanapun mengakui keadaan luaran kekal mencabar dan memberi kekangan kepada aktiviti ekonomi.

(Foto fail /AFP)

Mesyuarat Khas Bank Rusia sepatutnya berlangsung 10 Jun ini, namun menganjurkannya pada saat akhir.

Rusia melaksanakan kawalan ketat kepada aktiviti kewangannya sejak berdepan sekatan akibat pendudukannya ke atas Ukraine.

Sejak itu mata wang ruble menyaksikan pengkuhan sekitar 30 peratus berbanding dolar amerika.

Pengukuhan ruble bukan sesuatu yang diidamkan kerajaan memandangkan ia bakal memberi kesan kepada pendapatan belanjawan dan eksport. -AFP

Media Baharu