fb fb fb fb fb

Sunak terus kukuhkan kedudukan untuk jadi Perdana Menteri Britain

(Ahli Parlimen konservatif, Sunak (tengah) bersama Datuk Bandar Tees Valley Ben Houchen (kanan) dan aktivis, semasa lawatan ke Teesside Freeport di Redcar/AFP)

LONDON, 19 Julai- Bekas Menteri Kewangan Britain, Rishi Sunak terus mengukuhkan kedudukan untuk menggantikan Boris Johnson sebagai Perdana Menteri, meskipun saingan yang diterimanya, semakin sengit.

Menurut Parti Konservatif, pusingan terbaharu pengundian semalam menyaksikan Rishi memperoleh undi tertinggi dengan 115 undi, diikuti Penny Mordaunt (82) undi, Liz Truss (71), Kemi Badenoch (58) dan Tom Tugendhat (31) undi.


(Rishi Sunak bercakap dengan aktivis dan penyokong semasa lawatan ke Teesside Freeport di Redcar, timur laut England/AFP)

Ahli Parlimen akan terus mengundi sehingga hanya tinggal dua calon, pemenang kemudian ditentukan oleh ahli parti.

Sebelum ini, Mordaunt telah menjadi pilihan, tetapi kehilangan undian dari pusingan sebelumnya.

Setiausaha Luar Negeri, Lizz Truss merapatkan jurang kepada 11 dan mungkin boleh menjangkakan lebih banyak sokongan beralih kepadanya daripada penyokong Badenoch, sekiranya calon itu disingkirkan pada pusingan seterusnya, menyaksikan persaingan sengit pada saat akhir, esok.

Sky News membatalkan rancangan perdebatan antara pesaing yang tinggal selepas Sunak dan Truss menarik diri.

"Ahli Parlimen Konservatif dikatakan bimbang tentang perbahasan itu akan menjejaskan imej parti Konservatif, yang mendedahkan perselisihan faham dan perpecahan dalam parti," tambahnya dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri, Boris Johnson mengumumkan pada 7 Julai bahawa beliau akan berhenti sebagai pemimpin Konservatif selepas pemberontakan kerajaan sebagai protes terhadap pentadbirannya.

Boris kekal sebagai Perdana Menteri sehingga penggantinya diumumkan pada 5 September.-AFP

Media Baharu