fb fb fb fb fb

Puluhan penyu mati ‘dibunuh’ di Jepun

(Foto fail/AFP)

TOKYO, 19 Julai- Seorang nelayan di sebuah pulau di selatan Jepun mengakui kerana menyebabkan kematian puluhan penyu selepas terperangkap atau terjerut pada pukat.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kira-kira 30 – 50 penyu hijau ditemukan mati atau terdampar di pantai pada Khamis lepas dengan kesan jerut di leher dan bahagian lain, di pulau terpencil Kumejima, kira-kira 1,600 kilometer (1,000 batu) barat daya Tokyo.

Ia ‘situasi yang amat mengerikan’, kata Yoshimitsu Tsukakoshi, seorang kakitangan di Kumejima Umigame-kan, sebuah badan pemuliharaan penyu tempatan.

“Penyu adalah makhluk ciptaan yang ‘pemalu’ dan haiwan itu akan bergerak jauh apabila didekati manusia, kata Tsukakoshi kepada AFP pada Selasa.

“Saya tidak percaya, ini boleh berlaku pada zaman ini.”

Menurut ketua koperasi nelayan tempatan, Yuji Tabata, lelaki itu telah mengaku membunuh haiwan itu selepas terjerut pukat.

Nelayan itu yang namanya tidak didedahkan memberitahu pihak koperasi bahawa dia ada melepaskan beberapa ekor penyu yang terjerut, namun selepas mengalami kesukaran, dia mula ‘menikam’ dengan niat untuk melemahkan haiwan tersebut.

“Katanya dia belum pernah mengalami terlalu banyak penyu terperangkap dipukatnya, namun kini berasa amat kecewa, kata Tabata.

“Dia kini berasa dalam keadaan berbahaya (fizikal).”

Polis bersama pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat kematian haiwan itu, kata seorang penguat kuasa tempatan kepada AFP, namun enggan menyatakan sama ada nelayan itu boleh dikenakan tindakan atau sebaliknya.


(Foto fail/AFP)

Media tempatan Okinawa Times mengutuk tindakan pelaku yang menyebabkan kematian serta cara haiwan yang dilindungi itu dibiarkan mati di pantai.

Kumpulan itu turut menggesa pihak berkuasa mempertimbangkan dakwaan nelayan, bahawa penyu menyebabkan kemusnahan ekonomi.

Laporan tempatan menyebut sesetengah nelayan di kawasan berkenaan percaya jumlah populasi penyu kini semakin meningkat.

Haiwan itu boleh memberi ancaman kerana boleh berlanggar dengan bot nelayan atau terkena kipas bot. Menurut Tabata, komuniti nelayan juga bimbang haiwan itu memakan rumpai laut yang menjadi habitat ikan; menjadi punca pendapatan nelayan.

Nelayan mendakwa kejadian itu jarang berlaku dan biasanya mereka akan melepaskan penyu yang terperangkap.

“Kami dalam proses mendapatkan idea (cadangan) supaya perkara sama tidak berulang lagi,” tambahnya. -AFP

Media Baharu