fb fb fb fb fb

Ibrahimovic kekal setahun lagi di Milan

(GAMBAR FAIL/AP)

MILAN, 19 Julai- Zlatan Ibrahimovic akan kekal di AC Milan untuk sekurang-kurangnya setahun lagi selepas penyerang veteran itu menandatangani kontrak setahun bersama juara Itali itu semalam.

"AC Milan gembira mengumumkan sambungan kontrak Zlatan Ibrahimovic hingga 30 Jun, 2023. Penyerang Sweden itu akan teris memakai jersi nombor 11," kata pasukan itu dalam satu kenyataan.

Ibrahimovic, yang akan berusia 41 tahun pada Oktober, menandatangani perjanjian yang akan memberikannya 1 juta euro gaji tetap selain bonus besar dikaitkan dengan penampilan dan pencapaian.

Pemain Sweden itu tidak beraksi hingga awal tahun depan selepas pembedahan 'anterior cruciate ligament' di lutut kanannya pada Mei.

Bekas penyerang Inter Milan, Paris Saint-Germain dan Manchester United itu berkata pada Mei dia tidak lena tidur sejak enam bulan lalu kerana kesakitan di lutut kerana dia berazam untuk menunaikan janji kepada AC Milan untuk menghadiahkan mahkota Serie A pertama dalam 11 tahun.- AFP


(Zlatan Ibrahimovic dari AC Milan meraikan kejayaan menjulang trofi selepas memenangi Serie A/ REUTERS)

Media Baharu