fb fb fb fb fb

Sunak ikrar selesai krisis ekonomi dengan segera

LONDON, 26 Oktober- Perdana Menteri Britain yang baharu, Rishi Sunak berikrar untuk menyelesaikan krisis ekonomi negara itu dengan kadar segera.

Dalam ucapan pertamanya di perkarangan 10 Downing Street, London pada Selasa, beliau berkata kerajaan pimpinannya akan mengangkat nilai integriti, profesional dan bertanggunjawab pada setiap peringkat.

Sunak menjelaskan, keputusan sukar juga bakal dibuat dalam usaha mengurangkan perbelanjaan awam.

Ia termasuk membetulkan 'kesilapan' dilakukan Perdana Menteri terdahulu, Liz Truss, ketika Britain diancam kemelesetan ekonomi.

"Saya ingin memberi penghormatan kepada Liz Truss. Dia tidak salah mahu meningkatkan pertumbuhan di negara ini, ia adalah matlamat yang mulia dan saya mengagumi usahanya untuk mencipta perubahan.

Tetapi beberapa kesilapan telah dibuat, bukan disebabkan niat yang jahat. Jadi saya dipilih sebagai Perdana Menteri anda untuk membetulkannya dan kerja itu bermula serta-merta," katanya.

(Rishi Sunak, Perdana Menteri Britain / Foto REUTERS)

Sunak berkata, beliau cukup sedar bahawa Britain sedang bergelut dengan keadaan sukar.

Beliau juga berjanji untuk memberi fokus pada aspek keyakinan dan kestabilan ekonomi sebagai agenda utamanya.-REUTERS

Media Baharu