LONDON, 26 Oktober- Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak melantik menteri-menteri utama dalam Kabinet.
Pengumuman dibuat tidak lama selepas Sunak membuat ucapan sulung sebagai Perdana Menteri di 10 Downing Street.
Kenyataan rasmi kerajaan yang dikeluarkan pada Selasa memaklumkan, Jeremy Hunt kekal sebagai Menteri Kewangan Britain.
(Rishi Sunak, Perdana Menteri Britain / Foto REUTERS)
Sunak juga mengekalkan Dominic Raab sebagai Timbalan Perdana Menteri dan melantik semula James Cleverly sebagai Menteri Luar serta Ben Wallace sebagai Menteri Pertahanan.
Penggubal undang-undang, Suella Braverman juga dilantik semula sebagai Menteri Dalam Negeri.-REUTERS