JAKARTA, 25 Oktober- 14 maut dalam kejadian bot terbakar berhampiran Nusa Tenggara Timur semalam.
Bot berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Kupang menuju ke Kalabahi, Pulau Alor.
312 mangsa berjaya diselamatkan dalam operasi mencari dan menyelamat yang bersambung hari ini.
(Anggota penyelamat menyelamatkan mangsa yang terapung di tengah laut / Foto REUTERS)
Tiga bot penyelamat digunakan dalam operasi terserbut yang turut disertai nelayan tempatan.
Setakat ini punca kebakaran masih belum diketahui.-REUTERS