fb fb fb fb fb

11 murid maut, enam kritikal dalam kebakaran sekolah di Uganda

KAMPALA, 25 Oktober- Sekurang-kurangnya 11 murid maut manakala enam lagi kritikal dalam kejadian kebakaran di sebuah sekolah di Uganda.

Polis memaklumkan, kebakaran berlaku di Sekolah Orang Buta Salaama di Mukono, kira-kira 30 kilometer ke timur ibu kota Kampala.

"Setakat ini punca kebakaran masih belum diketahui," menurut polis dalam satu kenyataan.

(Seorang murid yang cedera akibat kebakaran dibawa ke dalam ambulans oleh petugas kesihatan / Foto REUTERS)

Kejadian kebakaran yang membawa maut sering berlaku di Uganda.

Kebanyakan kes berpunca daripada kerosakan pada pendawaian.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menyatakan terdapat beberapa kes kebakaran dimulakan dengan sengaja.-REUTERS

Media Baharu