fb fb fb fb fb

'WhatsApp' alami gangguan, jejas pengguna seluruh dunia

NEW YORK, 25 Oktober- Aplikasi pemesejan popular 'WhatsApp' telah mengalami gangguan menyebabkannya tidak dapat mengirim dan menerima mesej.

Laporan mengenai masalah tersebut diterima daripada pengguna seluruh dunia termasuk dari India, United Kingdom, Afrika Selatan dan Asia.

"Kami sedar bahawa sesetengah pengguna menghadapi masalah menghantar mesej.

Kami sedang berusaha untuk memulihkan WhatsApp secepat mungkin," kata jurucakap syarikat induk WhatsApp Meta Platforms.

(Foto hiasan)

Terdapat lebih 11,000 pengguna di India membuat laporan gangguan, 68,000 lagi di United Kingdom manakala di Singapura 19,000 aduan diterima setakat 0750 GMT.

'Downdetector' mengesan gangguan dengan menyusun laporan status daripada beberapa sumber.

Gangguan dijangka telah menjejaskan bilangan pengguna yang lebih tinggi.-REUTERS

Media Baharu