fb fb fb fb fb

Sunak didakwa keluar kenyataan 'biarkan sahaja orang mati' semasa pandemik COVID-19

FOTO REUTERS

LONDON, 20 November - Perdana Menteri Rishi Sunak dipetik sebagai berkata kerajaan harus "membiarkan orang mati" semasa pandemik COVID-19 daripada mengenakan penutupan nasional kedua.

Siasatan mengenai langkah Britain tangani krisis itu didengari pada Isnin.

Ketua Penasihat Kerajaan semasa COVID-19, Patrick Vallance ada mencatat nota dalam diarinya pada 25 Oktober 2020, mengenai pertemuan yang melibatkan Perdana Menteri Boris Johnson dan Sunak yang merupakan Menteri Kewangan ketika itu.

Entri diari yang ditunjukkan kepada siasatan itu merekodkan tindakan Dominic Cummings, penasihat paling kanan Johnson semasa wabak itu telah melaporkan kepada Vallance mengenai kenyataan yang didengarinya pada mesyuarat itu.

Vallance memetik Cummings dalam diarinya sebagai berkata: "Rishi fikir biarkan sahaja orang mati dan tidak mengapa. Ini semua terasa seperti kekurangan kepimpinan."

Jurucakap Sunak berkata perdana menteri akan menyatakan pendiriannya apabila beliau memberikan keterangan kepada siasatan itu.

Siasatan itu meneliti tindak balas kerajaan terhadap wabak koronavirus yang menutup sebahagian besar ekonomi dan membunuh lebih 220,000 orang di Britain. Ia dijadualkan berlangsung sehingga musim panas 2026.

Bahaya bagi Sunak ialah bukti dalam siasatan itu menjejaskan percubaannya untuk menjadikan dirinya sebagai perubahan kepada kepimpinan Johnson yang mempunyai konflik. - REUTERS

TETITIA YUSOFF