fb fb fb fb fb

Suhu panas melampau: Gelombang haba ancam China

(Seorang lelaki memakai topeng muka menarik beg troli di jalan di tengah-tengah
amaran gelombang panas, di Shanghai, China 13 Julai 2022/REUTERS)

BEIJING, 23 Julai- China dijangka mengalami gelombang haba dengan suhu tertinggi dalam tempoh 10 hari akan datang meliputi kawasan timur ke barat, dengan beberapa bandar sudah berada pada tahap berjaga-jaga.

Kawasan pedalaman turut diberi amaran tentang risiko tahap empangan bakal mengalami penurunan kerana pencairan glasier.

Peningkatan suhu mendadak dijangka pada hari Sabtu, sebelum memulakan gelombang haba yang ditakrifkan sebagai tempoh cuaca panas yang tidak lazim selama tiga hari atau lebih.

Ia merupakan gelombang panas terbesar dalam kalendar lunar.

Ketua di Pusat Meteorologi Negara China, berkata gelombang haba pada asalnya dijangka berlaku pada 5-17 Julai, namun dijangka berlarutan dengan lebih banyak wilayah boleh dilanda suhu 40 darjah Celsius 9 atau lebih tinggi.

Beberapa bandar di wilayah Zhejiang, yang menempatkan banyak kilang, pada Jumaat mengeluarkan amaran merah, yang tertinggi dalam sistem amaran tiga peringkat, meramalkan suhu sekurang-kurangnya 40 darjah Celsius dalam tempoh 24 jam.

Beban pada grid kuasa negara boleh mencapai tahap tertinggi baharu pada musim panas ini apabila permintaan untuk penyaman udara oleh rumah, pejabat dan kilang meningkat, dengan hipotesis cabaran terburuk, menurut amaran dikeluarkan Kementerian Pengurusan Kecemasan memberi amaran.

(Seorang wanita membuka pelitup muka dan menggunakan kipas untuk menyejukkan wajahnya/REUTERS)

"Untuk semua kilang di China dan di Shanghai kami mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi," kata Leo Zhang, presiden pembuat produk kimia Sika China.

"Setiap tahun kami melakukan perkara untuk menjadikan kerja lebih selesa, contohnya memberi pekerja ais krim apabila cuaca terlalu panas." katanya lagi.

"Zhejiang, serta bahagian Fujian, Guangdong, Hunan, Jiangxi dan bandar Chongqing, juga berisiko kebakaran hutan dalam tempoh terdekat," kata kementerian itu. -REUTERS








 

Media Baharu