fb fb fb fb fb

PM Thailand terselamat dalam undi tidak percaya kali ke-4

(Prayuth Chan-ocha menghadiri sidang khas Parlimen
pada 26 Oktober 2020 di Bangkok/REUTERS)

BANGKOK, 23 Julai- Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha dan 10 menteri kabinetnya terselamat daripada undi tidak percaya di Parlimen hari ini.

Bekas ketua tentera berusia 68 tahun itu, yang berkuasa sejak rampasan kuasa yang dicetuskan olehnya pada 2014, menerima 256 undi menyokong dan 206 menentang, sementara sembilan lagi berkecuali.


(Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha tiba di Parlimen Bangkok sebelum
undi tidak percaya ke-4 dilaksanakan/REUTERS)

Tiga Timbalan Perdana Menteri dan tujuh anggota kabinet lain turut terselamat daripada usul mengecam itu.

Pembangkang memerlukan lebih 239 daripada 477 undi parlimen untuk menggulingkan Perdana Menteri.

Ia merupakan kali keempat Prayuth berdepan undi tidak percaya sejak beliau dipilih oleh dewan untuk kekal sebagai Perdana Menteri pada 2019.

Prayuth tidak memberi sebarang petunjuk bila pilihan raya akan diadakan.- REUTERS

Media Baharu