(Zoo Toronto mengumumkan kelahiran bayi panda merah, yang belum diberi
nama pada ketika ini/FOTO FB THE TORONTO ZOO)
Hong Kong, 23 Julai- Paprika, seekor panda merah berusia empat tahun, melahirkan anak pertamanya di Zoo Toronto, menjadikannya kelahiran panda merah terancam ketiga di zoo itu dalam tempoh 25 tahun.
Menurut jurucakap zoo, Amy Naylor, bayi panda merah seberat 221 gram itu yang masih belum diberi nama at 221 gram dilahirkan 13 Julai lalu berada dalam keadaan sihat serta masih dalam pemantauan rapi.
Orang ramai belum dibenarkan melihat bayi panda merah itu sehingga awal musim gugur apabila cuaca sejuk.
"Paprika sangat tenang apabila dia dipisahkan seketika daripada bayinya, mengambil peluang meregangkan badan dan merapikan diri sebelum kembali ke kotak sarang untuk mandi dan menjaga anaknya itu," kata Zoo Torontomenerusi twitter.
Bayi panda merah itu akan diletakkan di ruang berasingan dan dibawa keluar hanya untuk pemeriksaan veterinar biasa, kata jurucakap itu lagi.
Paprika tiba di zoo pada November 2021 sebagai pasangan berpotensi untuk panda merah Suva jantan, yang disyorkan oleh Pelan Kemandirian Spesies Panda Merah Persatuan Zoo dan Akuarium (AZA).
(Zoo Toronto sambut kelahiran bayi panda merah, kelahiran ketiga dalam tempoh 25 tahun/REUTERS)
Pengunyah buluh berekor lebat dan berbulu merah kemerah-merahan tinggal di hutan Asia yang tinggi. populasi.
Menurut Naylor, pakar menganggarkan spesis ini wujud antara 2,500 dan 10,000 ekor dalam populasui namun menurun sebanyak 50 peratus dalam tempoh 20 tahun yang lalu.
Status pemuliharaan panda merah telah dilabelkan sebagai spesis terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan dan Alam Semula Jadi pada tahun 2015.- REUTERS