fb fb fb fb fb

Sri Lanka tamatkan darurat, situasi kembali stabil

(FOTO AFP)

COLOMBO, 17 Ogos - Sri Lanka tidak akan melanjutkan tempoh darurat di negara itu memandangkan situasi di negara itu, kembali stabil.

Kenyataan Istana Presiden menyebut, Presiden Ranil Wickremesinghe berpandangan, ia tidak perlu diteruskan lagi apabila tempohnya luput minggu ini.

Wickremesinghe menguatkuasakan perintah darurat, empat hari selepas bekas Presiden, Gotabaya Rajapaksa melarikan diri dan meletak jawatan pada 14 Julai lepas.

(FOTO AFP)

Ia ekoran tunjuk perasaan yang berlarutan selama berbulan-bulan bagi membantah kekurangan makanan, bahan api dan ubat-ubatan.

Tempoh darurat itu membenarkan tentera dan polis menangkap dan menahan suspek untuk tempoh yang lama.

Dilaporkan seramai 22 juta penduduk negara itu mengalami kekurangan barangan keperluan sejak akhir tahun lalu, selepas negara kehabisan pertukaran asing untuk membiayai import yang paling penting sekalipun.

Negara itu gagal membayar hutang asingnya sebanyak AS$51 bilion (RM ) pada pertengahan April dan sedang berbincang dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk kemungkinan penyelamat.

Sri Lanka kini berdepan dengan hiperinflasi, dengan kadar keseluruhan pada 60.8 peratus, manakala inflasi makanan berada pada paras lebih tinggi 90.9 peratus bulan lalu, menurut data rasmi. - AFP

Media Baharu