KHARTOUM, 17 Ogos- Angka kematian akibat hujan lebat dan banjir di Sudan baru-baru ini meningkat kepada 75 orang, kata Majlis Pertahanan Awam Kebangsaan negara itu semalam.
Bencana alam itu turut mencederakan 30 orang, manakala 12,551 rumah musnah dan 20,751 lagi rosak semasa hujan lebat, kata majlis itu dalam satu kenyataan.
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan laporan pada Ahad mengatakan kira-kira 38,000 penduduk di seluruh Sudan terjejas akibat hujan dan banjir sejak musim tengkujuh bermula.
Seorang pemuda Sudan berlari di sepanjang jalan yang dinaiki air berikutan hujan lebat
di ibu kota Sudan / FOTO AFP
Sudan sering mengalami banjir akibat hujan lebat dari Jun hingga Oktober. -AFP