fb fb fb fb fb

Elon Musk berhasrat beli The Red Devils

(Tangkap layar twit Elon Musk berkenaan pembelian kelab bola sepak The Red Devils)

AMERIKA SYARIKAT, 17 Ogos- Individu terkaya di Dunia, Elon Musk menyatakan hasrat untuk membeli kelab bola sepak Manchester United menerusi satu twit di akaun Twitter beliau namun ia masih samar.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla yang berusia 51 tahun itu, gemar menyiarkan kenyataan provokatif di media sosial untuk keseronokan, menulis "selain itu, saya membeli Manchester United, terima kasih," ia merupakan jawapan kepada tweet sebelum ini berkenaan sokongan yang diberikan kepada dua parti politik utama di Amerika.

Manchester United, sebuah kelab bola sepak Inggeris yang terkenal, kini dipimpin oleh enam anak kepada ahli perniagaan Amerika mendiang Malcolm Glazer, yang mengambil alih kepentingan dalam francais itu pada 2005.

Saham pasukan yang disenaraikan di Bursa Saham New York menurun setakat ini, tetapi mendatar pada Selasa, dengan permodalan pasaran AS$2.1 bilion.

Bagaimanapun, tiada reaksi segera daripada kelab atau pemiliknya terhadap tweet Musk.

Peminat Manchester United telah membantah pengurusan pasukan kerana prestasi buruk yang ditampilkan kelab dalam beberapa tahun kebelakangan ini, serta penglibatan mereka dalam rancangan untuk memulakan "Liga Super" baharu pasukan terkaya di Eropah.

The Red Devils menamatkan musim lalu di tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris, namun telah bermula dengan cemerlang tahun ini.

Selepas dua kekalahan berturut-turut, termasuk kekalahan memalukan 0-4 hujung minggu lalu di Brentford, Manchester United kini buntu apabila kali pertama mereka berada di tangga bawah carta dalam tempoh 30 tahun.

Banyak bantahan dirancang terhadap pemilikan kelab oleh keluarga Glazer menjelang perlawanan United menentang Liverpool pada 22 Ogos.

CEO SpaceX itu juga menjual hampir AS$7 bilion saham Tesla, dan sedang dalam usaha tuntutan berhubung rancangannya untuk membeli Twitter yang dibatalkan. -AFP


(Foto Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk bercakap dengan media diambil
pada 03 September 2020/AFP)

Media Baharu