fb fb fb fb fb

Route si Capuchin nakal

(Foto edaran tanpa tarikh ini ihsan Pejabat Syerif Daerah San Luis Obispo yang diperoleh pada 16 Ogos 2022/AFP)

 

LOS ANGELES, 17 Ogos- Polis California bergegas ke zoo selepas satu panggilan kecemasan, 911 dibuat dan perbuatan tersebut dilakukan oleh monyet nakal.

Seorang pegawai dihantar untuk menyiasat kemungkinan panggilan tersebut pada malam Sabtu, selepas ianya terputus sejurus panggilan dibuat.

Timbalan Syerif di San Luis Obispo County menjejaki panggilan ke pejabat Zoo to You, sebuah taman pemuliharaan yang berada 200 batu (320 kilometer) di utara Los Angeles, tetapi tidak menemui mana-mana individu.

Usaha tersebut tidak terhenti disitu, mereka terus menyiasat panggilan misteri yang dibuat.

Menurut satu catatan media sosial oleh pejabat sheriff, "mereka semua menyedari, ia pasti dilakukan Route the Capuchin, seekor monyet.


(Foto Route, seekor monyet Capuchin selepas membuat panggilan 911,
di Zoo To You
berhampiran Paso Robles, California/AFP)

 

"Nampaknya, Route telah mengambil telefon bimbit zoo, yang berada di dalam kereta golf yang digunakan untuk mengelilingi tapak seluas 40 ekar zoo itu."

Capuchin juga merupakan haiwan dalam kumpulan mamalia ini mempunyai daya ingin tahu yang tinggi, dan suka mencucuk serta menekan objek yang diambil.

"Dan itulah yang dilakukan oleh Route kebetulan ia adalah dalam kombinasi nombor yang betul untuk menghubungi kami." Jelasnya.

Di Amerika Tengah, ia dipanggil monyet bermuka putih ("carablanca"), kebiasaannya tinggal di hutan tanah pamah basah di pantai Caribbean Costa Rica, Panama dan hutan luruh kering (hutan hujan tropika) di pantai Pasifik. -AFP

Media Baharu