fb fb fb fb fb

Sri Lanka akan henti cetak wang sepenuhnya

COLOMBO, 7 Julai- Perdana Menteri Sri Lanka mengumumkan negara itu akan akan menghentikan pencetakan wang sepenuhnya bagi mengawal kenaikan harga komoditi yang semakin melonjak tinggi.

Ranil Wickremesinghe dalam satu sesi di Parlimen berkata, keutamaan kerajaanya sekarang ialah mengawal inflasi memandangkan kadar inflasi dijangka meningkat 60 peratus menjelang akhir tahun ini.

Pelan kerajaan ialah pada tahun 2023 ia perlu mencetak wang secara ketat beberapa kali.

Dan pada akhir 2024, negara kepulauan itu berhasrat berhenti mencetak wang sepenuhnya.

(Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe ketika sesi di Parlimen / Foto AFP)

Wickremesinghe mengumumkan pelan itu selepas mengadakan rundingan penyelamatan hutang dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).-AFP

Media Baharu