fb fb fb fb fb

9 terkorban, 3 hilang dalam runtuhan Salji di Itali

CANAZEI, 7 Julai– Angka kematian akibat runtuhan salji di Dolomites, Itali meningkat kepada sembilan orang, berikutan penemuan dua lagi mayat, kata pihak berkuasa.

Presiden wilayah autonomi utara Trentino, Maurizio Fugatti turut mengesahkan, tiga orang lagi masih hilang.

Beliau juga memaklumkan menerusi twitter, operasi pencarian diteruskan dengan menggunakan dron.


(Sebuah helikopter penyelamat terbang di atas glasier Punta Rocca yang runtuh
berhampiran Canazei, di pergunungan Marmolada, Itali/AFP)

Tragedi runtuhan itu berlaku sehari selepas puncak Marmolada, iaitu gunung tertinggi di Dolomites merekodka suhu tertinggi 10 darjah Celsius.-AFP

Media Baharu