fb fb fb fb fb

Sri Lanka buka pasaran bahan bakar kepada firma asing

(Seorang pekerja mengisi petrol dalam kereta beca di stesen minyak
syarikat petroleum Ceylon di Colombo pada 17 Oktober, 2022/AFP)

COLOMBO, 18 Oktober- Parlimen Sri Lanka meluluskan undang-undang yang membenarkan persaingan asing dalam pasaran bahan bakar tempatan, menamatkan duopoli 19 tahun ketika negara muflis itu bergelut untuk mengimport minyak.

Langkah itu membuka laluan kepada firma minyak antarabangsa untuk memasuki semula Sri Lanka buat kali pertama sejak nasionalisasi syarikat minyak pada awal 1960-an, kecuali Indian Oil Corporation yang beroperasi di negara tersebut sejak 2003.

"Ini akan membolehkan pembekal global masuk sebagai pengendali runcit. Ini akan meliberalisasikan sektor tenaga." kata Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera.

Pegawai berkata syarikat swasta perlu membiayai import minyak daripada rizab pertukaran asing mereka sendiri dan bersetuju untuk mengekalkan keuntungan mereka di Sri Lanka selama sekurang-kurangnya setahun.

Undang-undang baharu itu disegerakan kerana kerajaan kehabisan tukaran asing untuk mengimport bahan bakar, kesulitan yang telah menyebabkan kekurangan teruk dan catuan yang ketat.

Kekurangan itu mencetuskan bantahan meluas sehingga menggulingkan Presiden Gotabaya Rajapaksa pada Julai ketika Sri Lanka terjerumus ke dalam krisis ekonomi terburuk sejak kemerdekaan daripada Britain pada 1948. -AFP

(Sri Lanka buka pasaran bahan bakar kepada firma asing/AFP)

 

Media Baharu