fb fb fb fb fb

Somalia peruntuk $10 juta dolar, tangani perubahan iklim dan biodiversiti

FOTO REUTERS

MOGADISHU, 15 Julai- Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mahamud telah memperuntukkan $10 juta dolar, bagi menangani perubahan iklim serta melindungi biodiversiti.

Serentak dengan itu juga, Inisiatif Tembok Hijau Utama di Somalia, dilancarkan.

Somalia menjadi negara anggota terbaharu Kesatuan Afrika yang menyertai inisiatif berkenaan yang kini dianggotai 36 negara.

Mahamud berkata Inisiatif Tembok Hijau Utama merupakan pencapaian penting dalam komitmen negara untuk menangani perubahan iklim dan kemerosotan alam sekitar yang telah menyebabkan banyak penderitaan kepada rakyat.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), dianggarkan 43,000 "kematian" mungkin berlaku pada 2022 di Somalia akibat kemarau berbanding pada 2017 dan 2018.- BERNAMA


(Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mahamud/REUTERS)

 

 

Media Baharu