fb fb fb fb fb

Gelombang haba, 15 bandar Itali dalam amaran berjaga-jaga

FOTO REUTERS

ROM, 15 Julai- Itali menyenaraikan lebih 15 bandar dalam keadaan berjaga-jaga, berikutan gelombang haba melanda beberapa lokasi hujung minggu ini.

Kementerian Kesihatan meletakkan 15 bandar dalam senarai amaran merah pada Sabtu dan Ahad.

Bandar-bandar berkenaan, termasuk Rom, Bologna, Florence, Catania dan Palermo.

Amaran yang dikeluarkan memaklumkan, gelombang haba bukan sahaja mengancam warga emas, golongan rentan, dan kanak-kanak, tetapi seluruh penduduk.

Suhu dijangka melonjak 12 darjah Celsius lebih tinggi daripada purata.

Ramalan untuk Rom pada Sabtu ialah 37 darjah Celsius, dan mencecah 43 darjah Celsius pada Ahad.

Agensi Angkasa Eropah pada Khamis, memaklumkan Itali, Sepanyol, Perancis, Jerman dan Poland berdepan gelombang haba yang tinggi dengan suhu dijangka meningkat kepada 48 darjah Celsius di pulau Sicily dan Sardinia, berpotensi merekodkan suhu paling panas di Eropah.- REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu