fb fb fb fb fb

Somalia guna wang kertas baharu pada pertengahan 2024

MOGADISHU, 26 Januari- Somalia merancang memperkenal wang kertas baharu pada pertengahan 2024 untuk mengatasi wang palsu, mengurangkan lebihan tunai dalam edaran dan menangani inflasi.

Timbalan Gabenor Bank Pusat Somalia, Ali Yasin Wardhere berkata, wang kertas baharu itu adalah dalam denominasi 1,000, 2,000, 5,000 dan sehingga 10,000 syiling.

Beliau berkata mata wang denominasi tertinggi di negara ini pada masa ini ialah 1,000 syiling yang telah haus dan lusuh dan terdedah kepada pemalsuan.

(Bank Pusat Somalia / Foto Google)

Wang kertas lama akan dihentikan penggunaanya sebelum memperkenal mata wang baharu itu ke pasaran sama ada pada Jun atau Julai 2024, katanya. -REUTERS

Media Baharu