fb fb fb fb fb

Angkasawan UAE tak wajib berpuasa ketika Ramadan di ISS

(FOTO AFP)

HOUSTON, 26 Januari-Angkasawan UAE, Sultan al-Neyadi berkata dia tidak diwajibkan berpuasa ketika Ramadan bagi misi ke angkasa akan datang.

Al-Neyadi 41 tahun bakal menjadi Angkasawan pertama Arab menghabiskan masa selama enam bulan di angkasa apabila dijangka berlepas ke Stesen Antarabangsa Angkasa (ISS) bulan depan dengan menaiki kapal angkasa SpaceX Falcon 9.

Neyadi bakal disertai beberapa angkasawan daripada pelbagai negara dijangka diterbangkan ke ISS pada 26 Februarai depan sebagai anak kapal SpaceX Dragon

Ketika di sidang media semalam, Neyadi ditanya ibadah puasa yang bakal dijalaninya ketika di ISS, Neyadi menjawab situasi tersebut tidak mewajibkannya untuk melakukan ibadah puasa.

"Sebagai musafir, kami dibenarkan untuk berbuka puasa. situasi tersebut tidak mewajibkan kami berpuasa", kata Neyadi.

"Sekiranya terjadi sesuatu yang membantutkan misi atau meletakkan anak kapal dalam keadaan bahaya, kami dibenarkan untuk makan secukupnya", tambah Neyadi.

Neyadi akan menjadi rakyat kedua dari UAE menjelajah angkasa selepas Hazzaa al-Mansoori melakukannya pada September 2019.-AFP


(Angkasawan UAE, Sultan Al-Neyadi bersama para angkasawan lain dalam misi
ke ISS/FOTO AFP)

Media Baharu