fb fb fb fb fb

50 maut dalam letupan bom di Nigeria

(FOTO HIASAN/ AFP)

BAUCHI, 26 Januari- Puluhan pengembala lembu dan orang ramai terbunuh selain cedera akibat letupan bom di wilayah tengah di utara Nigeria.

Reuters melaporkan, tragedi itu berlaku pada malam Selasa di kawasan sempadan antara negeri Nasarawa dan Benue di tengah bahagian utara Nigeria.

Jurucakap Persatuan Penternak Lembu Miyetti Allah Nigeria, Tasi'u Suleman, berkata letupan berlaku ketika proses pemindahan lembu.

"Sekumpulan gembala dari etnik Fulani sedang memindahkan ternakan lembu mereka ke Nasarawa dari Benue susulan pihak berkuasa tempatan mahu merampasnya kerana melanggar undang-undang anti-ragut, ketika letupan menggegarkan kawasan itu.

"Sekurang-kurangnya 54 orang maut di tempat kejadian dan jumlah yang cedera belum disahkan," katanya.

Sementara itu, Gabenor Nasarawa Abdullahi Sule, memberitahu pemberita bahawa letupan bom dikenal pasti sebagai punca tragedi itu.



(Gabenor Nasarawa Abdullahi Sule)

Walaupun tidak menyatakan siapa suspek mendalangi serangan itu, Sule berkata beliau sudah bertemu dengan agensi keselamatan untuk memastikan pihak berkenaan terus meredakan ketegangan yang mungkin menjadi punca serangan ganas itu.

Wilayah tengah Nigeria di utara, juga dikenali sebagai Middle Belt, terdedah kepada keganasan akibat pertembungan antara gembala etnik Fulani dan petani tempatan beragama Kristian, yang sering digambarkan sebagai konflik etno-agama.

Jurucakap gabenor, Abubakar Ladan, memberitahu Reuters, pengebumian mangsa yang terbunuh diadakan Rabu lalu. -REUTERS

Media Baharu